Showing posts with label MY COLLECTION. Show all posts
Showing posts with label MY COLLECTION. Show all posts

Wednesday, 18 January 2012

WANG KERTAS MALAYSIA SIRI BAHARU

Wang Baru!! Wang Baru!!.. Alhamdulillah, syukur kerana aku dapat memiliki duit baru ni.. Duit peringatan ini mula dijual di BNM pada 22 disember 2011 yang lepas.. Aku dengan duit yang tak seberapa ada, tidak melepaskan peluang untuk memiliki duit simpanan premium ni.. Berbaris untuk mendapatkan angka giliran pada hari tersebut.. dapat la no yang ke 32.. (kira pergi awal gak ni)..

So awal bulan ni kira poket sesak sikit sebb BNM tak info awal2 mengenai Duit premium ni.. kalau tak blh simpan duit dari awal.. Bulan 12 biasanya adalah bulan bercuti bagi aku yang berkerja makan gaji ni.. so tak ada benda nak buat, aktiviti yang terbaik adalah kumpul dan beli duit mana yang memang aku tak ada... huhu.. so rasanya bln 12 ni memg bnyk la aku beli.. rasanya dah lebih 1k..  hobi punya pasal aku turutkan..

Hari ni, selepas hampir sebulan aku postkan duit yang aku dapat.. tapi aku tak tamak mana.. dapat 1 simpanan premium dan 3 set simpanan kecil pun dah cukup.. yang lain aku dah jual kat member mana yang tak sempat nak g BNM.. No yang aku dapat pun blh dikatan 10k y  terawal.. cuma kalau aku dapat no 30.. mesti cntik no yang aku dapat.. AA0007171..  tp mslhnya aku no 32.. dapat la no 7173.. jd la.. dr tak ada..

Friday, 24 June 2011

KELUARAN KHAS & TERHAD

Huh lama tak buka BLOG ni.. dah hampir sebulan rasanya.. so kali ni nak cite la pasai duit Syiling Malaysia 1990.. So untuk makluman semua, duit ni di datangkan dalam 2 version.. 1st BAHASA MELAYU dan 2nd dlm BI.. sebenarnya aku pun tak tau syiling ni ada 2 versi.. so masa beli dulu tak check pun.. so wat masa ni ada la 3pcs bi n 2 pcs BM.. So TQ kepada "pok nik" coz bg tau benda ni.. kalau tak.. aku pun tak tau.. mesti aku dah jual yang lain2.. tapi apa2 pun aku nak simpan.. 1 je aku nak SOLD kat dia.. lg 2 set aku nak simpan.. haha.. so harga dia tak mahal sangat.. walapun nilai muka duit ni RM 1.86, tapi aku tak la dapat pada harga 2.. so harga market tuk duit ni boleh la dpt dgn harga RM 10-?.. bergantung kepada seller..
bahagian hadapan versi bahasa melayu

Saturday, 14 May 2011

RM 10 ISMAIL MD ALI 3rd

SEPULUH RINGGIT 3RD SERIES ISMAIL MD ALI
SEPULUH RINGGIT 3RD SERIES ISMAIL MD ALI 
Koleksi ni memang dah lama dalam simpanan. Dah keluar gambar dalam blog ni masa mula2 dulu.. so hari ni baru nak update pasal RM 10 ni. Gred duit ini tidaklah secantik gred UNC/AUNC/EF tapi bolehlah aku kategorikan kepada gred VF je..

Hobi mengumpul ni sebenarnya dah lama.. Dulu aku cuma tertarik untuk mengumpul duit2 yang memang dapat FREE.. tak pernah pun terpikir nak beli atau sebagainya sebab kurang pendedahan dan maklumat tentang lokasi nak beli duit2 ni.. Tak apala, walaupun buruk aku tetap nak ada sekeping duit ni sebagai rujukan untuk generasi akan datang.. kalau nak jumpa orang balikan baki duit ni, memang harap tak jumpa la.. 
Untuk siri ke 3 ni, ada perubahan yang dibuat pada bahagian bawah kerana tanda $10 telah dipadamkan.. so hasilnya adalah seperti gambar di atas.. Adoila.. geram betul tgok duit lama2 ni.. boleh buat aku bertambah gian untuk mengumpul duit2 yang lain pulak..

Wednesday, 4 May 2011

MY COLLECTION

Wang Kertas. Berikut merupakan koleksi2 wang kertas yang dapat dikumpulkan.. namun masih ada beberapa item yang masih belum mampu dimiliki atas beberapa sebab.. Mana yang ada boleh di jadikan sebagai rujukan kepada colector2/numismetic baru.. Ucapan terima kasih gak kepada semua yang terlibat kerana banyak membantu dalam usaha saya mengumpul duit2 Malaysia dari siri pertama hingga sekarang.. TQ my Family, mak aku, adik beradik aku, wife tersayang SUHAILI BINTI SAFAR, rakan2 POK NIK, serta pelajar2 ku yang secara tak langsung dapat menambahkan koleksi dan pencarian matawang.. So duit yang aku ada ada mcm2 gred.. so yang palng penting aku ada koleksi2 ni.. kalau nak dapat UNC harga mahal sikit bro.. so layan..
RM 1 RM 2 RM 5 RM 10 RM 20 RM 50 RM 100 RM 500 RM 1000