Saturday, 30 April 2011

JADUAL PENGGREDAN WANG

Numismetic ialah istilah yang digunakan bagi mereka yang mempunyai hobi mengumpul wang kertas .Ada yang beranggapan hobi ini bagi golongan mewah sahaja, tetapi bagi penggemar hobi ini mereka akan menghabiskan wang , masa dan tenaga untuk mendapatkan note yang mereka idamkan. Semakin lama wang itu disimpan semakin tinggi nilainya dipasaran. Tetapi sehelai wang kertas itu dinilai melalui keadaanya seperti dibawah .
di bawah adalah jadual penggredan wang yang anda kumpul ... TAHAP GRED MATAWANG KERTAS UNCIRCULATED(UNC) Sempurna.Mempunyai penjuru yang tajam, tiada kesan lipat.Tiada kepudaran warna.Kertas kukuh dan bersih. ABOUT UNCIRCULATED(AU) Kelihatan sempurna.Namun bahagian tengah atau penjurunya terdapat sedikit kesan lipat.Mempunyai punjuru yang tajam.Tiada kesan calar.Tiada kepudaran warna.Permukaan bersih. EXTREMELY FINE(EF) Maksimum 3 kesan lipatan yang minor, atau 1 kesan calar.Mempunyai punjuru yang tajam.Tiada kepudaran warna.Permukaannya bersih. VERY FINE(VF) Terdapat beberapa kesan lipatan.Permukaan sedikit kotor,dan warnanya sedikit pudar.Penjuru mngkin terkoyak, tapi tidak dibahagian sisi.Masih mempunyai penjuru yang tajam.Kertas masih kelihatan keras. FINE(F) Terdapat banyak kesan lipat dan calar.Terdapat sedikit kotoran.Sisinya mungkin terkoyak sikit dan terdapat lubang staple atau lubang pin, tapi tidak ditengahnya.Warnanya masih kelihatan tapi tidak terang. VERY GOOD(VG) Penjuru koyak dan tidak tajam.Warna pudar.Terdapat lubang-lubang kecil, tapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan. GOOD(G) Permukaan koyak, mempunyai banyak kesan lipat dan calar yang kuat.Terdapat lubang-lubang, tapi tidak mnjejaskan keseluruhan imej permukaan.Terdapat kesan contengan tulisan. FAIR(FA) Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna.Lubangnya lebih besar.Sebahagian daripada permukaan hilang.Terdapat contengan tulisan. POOR(P) Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna.Lubangnya lebih besar.Sebahagian besar daripada permukaan hilang.Terdapat contengan tulisan.Bahagian-bahagian disambung dengan selofan tape. sumber: MALAYSIA BRUNEI & SINGAPORE Banknote & Coins - 4th edition September 2008 : K.N.Boon TAHAP GRED MATAWANG SYILING Kali aku bawa anda semua untuk mengetahui Tahap Gred Mata Wang Siling pula, sila rujuk panduan gred dibawah; POOR/PAIR (P) Tulisan dan gambarnya amat sukar dibaca tetapi keseluruhan reka bentuk masih dapat dilihat. Biasanya tidah dihiraukan oleh para pengumpul. GOOD (G) Tulisan dan gambarnya pudar tetapi masih boleh dibaca, permukaannya telah diratakan. Sebahagian daripada tulisan masih boleh dikenalpasti, terdapat kesan calar dan pinggirannya pecah. Melainkan ianya duit syiling yang sukar dijumpai, ia tidak digemari oleh para pengumpul. FINE (F) Masih menunjukkan keseluruhan reka bentuknya, terdapat kesan calar dan pinggirannya yang pecah. VERY FINE (VF) Terdapat kesan calar, bukti penggunaan yang terhad, terdapat tombokan pada permukaan, namun tulisan dan gambarnya amat jelas sekali. EXTREMELY FINE (EF) Terdapat bintik tompok pada permukaan, masih jelas dan tajam kelihatan. Warnanya masih terpelihara. UNCIRCULATED (UNC) Tiada kesan calar atau pecah, kesan calar yang amat sikit mungkin disebabkan oleh ketidak sempurnaan semasa penempaan. Syiling yang lama mungkin kelihatan sedikit warna asal. BRILLIANT UNICULATED (BU) Warna asal yang jelas, tiada kesan kotoran atau kesan calar. FLEUR DE COIN (FDC) Proses penempaan yang sempurna, tiada kesan calar, warna asal yang jernih dan biasanya digunakan untuk syiling Peruf. PROOF (PROOF) Sering dijalankan dengan menggunakan acuan yang dikilatkan, mengenakan 2 kali ganda tekanan ke atasnya bagi memastikan acuan dipenuhi sepenuhnya. Salah satu kriteria utama ialah ianya mempunyai permukaan yang tajam dan jelas.

No comments:

Post a Comment