Friday, 23 December 2011

Keluaran Wang Kertas Siri baharu

Wang Kertas Malaysia Siri Baharu
Akhirnya, BNM telah melancarkan siri Baharu Wang Kertas malaysia yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abd Razak pada 21 disember 2011. Matawang baru ini terdiri daripada wang kertas RM1, RM5,RM10,RM20 & RM100. Wang kertas ini boleh didapati di semua BNM di Ibu Pejabat kuala lumpur, dan cawangan BNM di Penang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan kota kinabalu.
Alhamdulillah, syukur kerana aku salah seorang yang tidak terlepas untuk memiliki matawang baru ini. Seawal pagi aku dah bergerak ke BNM Johor Bahru untuk mebeli set2 yang ditawarkan oleh BNM. Harga untuk wang kertas peringatan ini berharga dan jumlah yang dikeluarkan BNM ialah :
  • Set 2 dalam 1 (denominasi RM1 dan RM5) - 500,000 set yang berharga RM15.00 setiap satu.
  • Set Individu (denominasi RM20) - 500,000 set yang berharga RM30.00 setiap satu.
  • Set Premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300.00 setiap satu. Bagi setiap set ini, semua denominasi wang kertas akan mempunyai nombor siri yang sama.
Suasana di BNM masa aku datang tak la seramai mana pun(8.40am). Aku orang yang ke 32 mengikut nombor giliran.. ingatkan kaunter buka awal, rupanya 9.30 baru dia buka.. tunggu2 pukul 9.30 pintu memg terbuka tapi jualan masih belum dibuka... pukul 10.10minit baru la kaunter dibuka.. aku dengan giliran yang ke 32 ni memang tak sabar dah nak tengok duit ni secara LIVE.. tepat 10.30 dapat la aku beli.. setiap orang hanya boleh membeli hanya 1 set premium dan 5 set bg set 2dlm 1 & set individu =RM525.00
Keterangan mengenai wang siri baharu ni:

Reka Bentuk Wang Kertas

  • Bahagian Hadapan Wang Kertas
Semua denominasi wang kertas siri baharu ini mengekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga rayaRosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan), nilai muka pada wang kertas, perkataan 'Bank Negara Malaysia' sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan wang kertas dan corak tenunan tradisional iaitu songket sebagai latar belakang dan pada hujung wang kertas bagi menggambarkan tradisi kraf tangan dan tenunan di Malaysia. Ciri-ciri lain termasuklah pengenalpastian secara sentuhan bagi mereka yang kurang upaya penglihatan, dan potret tera air dengan piksel dan angka.
  • Bahagian Belakang Wang Kertas
Bahagian belakang setiap wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi, yang khusus bagi Malaysia. Wang kertas baharu ini juga mengekalkan logo Bank Negara Malaysia, nombor siri, tulisan Jawi dan corak tenunan songket pada bahagian belakang wang kertas.
  • Wang kertas baharu siri keempat ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan wang kertas siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.
Bank Negara Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, entiti perniagaan dan vendor yang mengendalikan mesin wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar kepada mata wang siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memastikan wang kertas siri baharu ini mudah digunakan.

No comments:

Post a Comment